Soal Jawab Tentang Chin Peng
Siapakah Chin Peng ini?

Chin Peng , atau nama sebenarnya Ong Boon Hua , merupakan pengasas PKM tahun 1940- an hingga 1970-an (Parti Komunis Malaya). Cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia dengan kekerasan. Ingin menghapuskan Sistem Raja-Raja di Malaysia. PKM terkenal dengan taktik serangan gerilla dan menyeksa orang-orang kampung di pinggir hutan yang tak berdosa. membunuh dengan cara mengelar mangsa di seluruh badan.



PKM juga menentang Jepun pada zaman 1940-an. Bukankah dia juga pejuang kemerdekaan?

Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Semasa itu, negara China berfahaman komunis. Setelah Tanah Melayu(Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 1957, PKM terus menjalankan pemberontakan bersenjata di seluruh Malaysia sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat pada tahun 1960. Sekiranya beliau pejuang kemerdekaan, mengapa beliau terus-terusan menghuru-harakan negara, mengorbankan beribu-ribu tentera kita setelah merdeka?



Mengapa ramai yang menentang kemasukan semula Chin Peng di negara ini? Bukankah Perang sudah lama tamat? Maafkan sahajalah beliau.

Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara rasmi dari Raja-raja Malaysia, kerajaan , keluarga tentera yang terbunuh dan rakyat Malaysia di atas segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh gerila PKM. Beliau tidak pernah menyatakan rasa kesal beliau ekoran penglibatannya dengan PKM.

Malah,
sewaktu rundingan Baling pada Disember 1955, Chin Peng dengan angkuhnya meminta kerajaan menghalalkan PKM sebagai syarat perlucutan senjata. Hanya di saat pergerakan komunis se dunia menghadapi era kehancuran pada penghujung dekad 90'an (yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Sosialis Soviet pada 1991) barulah PKM mengalah dan secara rasmi menyerah kalah pada 2 Disember 1989 di Haadyai.

Beliau hanya menyerah kalah dan tidak pernah menyebut untuk membubarkan PKM atau menyatakan rasa kesalnya kerana menghuru-harakan Malaysia.



Tapi kenapa Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia oleh Kerajaan? Beliau ahli komunis juga?Tidakkah Kerajaan mengamalkan double standard?

Tidak dinafikan Allahyarhamah Shamsiah Sutan 'Fakeh' adalah seorang aktivis berhaluan kiri yang berfahaman komunis. Tetapi sejarah perjuangan beliau BUKAN bermula dengan PKM, beliau asalnya aktivis PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda), dan pernah mengepalai sayap wanita parti itu iaitu AWAS (Angkatan Wanita Sedar) pada tahun 1946.

Perjuangan PKMM ialah MEMERDEKAKAN Tanah Melayu, bukan MENGKOMUNISKAN bumi ini. Bagaimanapun para pemimpin Komunis pada masa itu berjaya MEMPENGARUHI sebilangan besar aktivis PKMM untuk berjuang bersama PKM dengan harapan menarik sokongan kaum Melayu. Mujur lah pada 1946 UMNO ditubuhkan dan berjaya MENAWAN hati orang Melayu melalui pergerakan nasionalisme kanan yang dibawa parti itu.

Selepas British mengisytiharkan darurat pada 1948, Samsiah menanggotai Rejimen ke 10 PKM. Menurut beliau dalam bukunya 'Memoir Shamsiah Fakeh', beliau seboleh-bolehnya mengelak daripada bertempur dengan Polis dan Askar Melayu, beliau menulis;


“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”

Beliau bersama Rejimen ke 10 sehingga beliau di hantar ke China pada tahun 1956. Pada tahun 1972 beliau DIPECAT sebagai ahli PKM oleh Chin Peng kerana berselisih pendapat dengan ketua PKM itu. Setahu saya beliau tidak pernah mencabar pemecatannya. Selepas itu Samsiah Fakeh BUKAN LAGI ahli PKM.


sumber : wikipedia, buku sejarah tingkatan 3 (1995), mykmu.net, utusan melayu.

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • Satu Sekolah Untuk Semua

    Satu Sekolah Untuk Semua
    For a better Malaysian

    Visitor

    web counter

    Blog Archive

    Followers