Chin Peng , atau nama sebenarnya Ong Boon Hua , merupakan pengasas PKM tahun 1940- an hingga 1970-an (Parti Komunis Malaya). Cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia dengan kekerasan. Ingin menghapuskan Sistem Raja-Raja di Malaysia. PKM terkenal dengan taktik serangan gerilla dan menyeksa orang-orang kampung di pinggir hutan yang tak berdosa. membunuh dengan cara mengelar mangsa di seluruh badan.
PKM juga menentang Jepun pada zaman 1940-an. Bukankah dia juga pejuang kemerdekaan?
Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Semasa itu, negara China berfahaman komunis. Setelah Tanah Melayu(Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 1957, PKM terus menjalankan pemberontakan bersenjata di seluruh Malaysia sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat pada tahun 1960. Sekiranya beliau pejuang kemerdekaan, mengapa beliau terus-terusan menghuru-harakan negara, mengorbankan beribu-ribu tentera kita setelah merdeka?
Mengapa ramai yang menentang kemasukan semula Chin Peng di negara ini? Bukankah Perang sudah lama tamat? Maafkan sahajalah beliau. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara rasmi dari Raja-raja Malaysia, kerajaan , keluarga tentera yang terbunuh dan rakyat Malaysia di atas segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh gerila PKM. Beliau tidak pernah menyatakan rasa kesal beliau ekoran penglibatannya dengan PKM.
Malah, sewaktu rundingan Baling pada Disember 1955, Chin Peng dengan angkuhnya meminta kerajaan menghalalkan PKM sebagai syarat perlucutan senjata. Hanya di saat pergerakan komunis se dunia menghadapi era kehancuran pada penghujung dekad 90'an (yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Sosialis Soviet pada 1991) barulah PKM mengalah dan secara rasmi menyerah kalah pada 2 Disember 1989 di Haadyai.
Beliau hanya menyerah kalah dan tidak pernah menyebut untuk membubarkan PKM atau menyatakan rasa kesalnya kerana menghuru-harakan Malaysia.
Tapi kenapa Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia oleh Kerajaan? Beliau ahli komunis juga?Tidakkah Kerajaan mengamalkan double standard?
Tidak dinafikan Allahyarhamah Shamsiah Sutan 'Fakeh' adalah seorang aktivis berhaluan kiri yang berfahaman komunis. Tetapi sejarah perjuangan beliau BUKAN bermula dengan PKM, beliau asalnya aktivis PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda), dan pernah mengepalai sayap wanita parti itu iaitu AWAS (Angkatan Wanita Sedar) pada tahun 1946.
Perjuangan PKMM ialah MEMERDEKAKAN Tanah Melayu, bukan MENGKOMUNISKAN bumi ini. Bagaimanapun para pemimpin Komunis pada masa itu berjaya MEMPENGARUHI sebilangan besar aktivis PKMM untuk berjuang bersama PKM dengan harapan menarik sokongan kaum Melayu. Mujur lah pada 1946 UMNO ditubuhkan dan berjaya MENAWAN hati orang Melayu melalui pergerakan nasionalisme kanan yang dibawa parti itu.
Selepas British mengisytiharkan darurat pada 1948, Samsiah menanggotai Rejimen ke 10 PKM. Menurut beliau dalam bukunya 'Memoir Shamsiah Fakeh', beliau seboleh-bolehnya mengelak daripada bertempur dengan Polis dan Askar Melayu, beliau menulis;
“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”
Beliau bersama Rejimen ke 10 sehingga beliau di hantar ke China pada tahun 1956. Pada tahun 1972 beliau DIPECAT sebagai ahli PKM oleh Chin Peng kerana berselisih pendapat dengan ketua PKM itu. Setahu saya beliau tidak pernah mencabar pemecatannya. Selepas itu Samsiah Fakeh BUKAN LAGI ahli PKM.
sumber : wikipedia, buku sejarah tingkatan 3 (1995), mykmu.net, utusan melayu.
1. Semasa dia dlm kerajaan, berhabis-habisan mengutuk PAS ngan DAP, sekarang niberganding bahu berpeluk-pelukan lagi dengan mereka.
2. Terdapat artikel daripada akhbar mingguan gereja Anglican di UK yang menggambarkan kemenangan Anwar masa PRU 12 bakal melemahkan ISlam.
3. Dia menandatangani Annapolis Summit, iaitu perjanjian yang mengiktiraf negara Israel.
4. Foundation for the Future dan MARFEL yang didukung oleh Anwar dan Izzah adalah merupakan yayasan tajaan yahudi
5. hubungan rapatnya dengan Wolfowitz ( zionis yang aktif) bukan lagi satu rahsia
6. habit selalu ke USnya mencurigakan. tak tahu buat apa. ( nak kata jadi guest lecturer, kan da resign tahun lepas?)
7. menghuru-harakan malaysia dan ingin menjadi PM Malaysia dengan cara yang licik, lompat parti....tapi bila strategi tu 'back lash', sibuk kata UMNO jahat...padahal dia yang tak terer buat....'we have the list' ...kunun !! .
8. mempunyai kes liwat di mahkamah, 6 pertuduhan kes rasuah di mahkamah dan kes liwat lagi di mahkamah.(Anwar menjalani hukuman penjara 6 tahun kerana kes rasuah)
9. dulu, suka menggambarkan dirinya sebagai pemuda yang alim dan akan membela islam...tp sekarang, sgt liberal, siap sokong lagik 'nama ALLAH letak dlm akhbar herald' keluaran Jesuits ....ape ni? mana principal anda?......
10. Sibuk dok mengutuk UMNO jahatlah, rasuah lah, kroni lah.....tp baru jaga 5 negeri x sampai setahun pun dah ada mcm2 kes...takleh harap betul !!! .......belum jaga satu Malaysia lagik....antara kes :
dua org MP ada kes rasuah, sedekah seks
Arumugam larikan diri dgn skandal
Elizabeth dgn gambar lucah nya keluar
MB Selangor Kes Rasuah Lembu
Dua org MP Perak lompat parti menyebabkan Perak huru-hara
Timbalan Ketua Menteri Penang letak jawatan
Tun Dr Mahathir terkenal dengan ideology ultramalay nya,
Lim Kit Siang tekenal dengan malaysian malaysia nya,
TG Nik Aziz terkenal dengan ideologi negara islam nya,( owh, tapi sekarang nizar tak ngaku pula PAS berideologi ini. Siap cabar ahli UMNO suruh buktikan jika terdapat PAS ingin menjadikan Malaysia negara Islam. Apa kata TG Nik Aziz)
tapi anwar?....ntah
apabila dalam ABIM , dia islamist
apabila dia dlam UMNO, dia perjuangkan melayu
apabila ada FFF dan MARFEL, dia liberalist pulak...
...apabila dlm PKR, malaysian malay campur HINDRAF = harapan baru? dia perjuangkan apa sebenarnya?
Ideologinya berubah 3 , 4 tahun sekali.
kelihatan seolah2 tiada pendirian. dan penubuhan PKR adalah semata-mata untuk dia jadi PM jer. dan selamatkan dia dr ISA suatu waktu dahulu.
mahukah anda seorang lagi Perdana Menteri yang tiada pendirian?
we should study audit report of IJN Holdings. that's why Sime Darby interested in IJN stakes.
yes,
not much of profit, but still a big chunk to bite. n yes, why give so much money to MoF to handle? just hand it over to Sime Darby's pockets. Government should not have so much money at stake. Government should rely on tax-payers only. not other big sources like IJN Holdings.
i wonder what would happened on PRU13 should IJN Holdings falls to Sime Darby's ?
.
.