PAS (Persatuan Islam Se-Malaya) suatu waktu dahulu ditubuhkan sebagai sayap UMNO yg bertanggung jawab menasihati hal-hal keagamaan. PAS yg terdiri drpd barisan2 ulama' mengambil keputusan keluar drpd UMNO kerana tidak mahu menyertai National Conference pada tahun1951. Pada ketika itu konferensi ini bertujuan utk mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bg seluruh kaum yg ada di negara ini. PAS tidak bersetuju dgn keputusan tersebut lalu keluar drpd UMNO.
(Rasis kan PAS ni rupa2nya!....tak nak langsung iktiraf org bukan melayu menjadi warganegara sampai sanggup berpecah dr UMNO tu....)
Maka bolehlah disimpulkan lahirnya PAS sekarang ialah golongan yg tak puas hati dgn keputusan pimpinan jemaah lalu keluar drpd jemaah dan melantik ketua sendiri lalu menentang jemaah sedia ada.
Jom lihat sabda Rasulullah SAW :
"…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menhimpun umat Muhammad dalam kesesatan" (Hadith riwayat At-Tabrani)
Wajibnya taat kepada pemerintah ini sehingga ada hadis mengumpamakan begini,
"Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jama'ah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah." (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: "Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat." (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)
Walaupun PAS merasakan diri mereka lebih Islam drpd org lain. puak2 khawarij ini tetap mati dlm keadaan jahiliyah.Hanya kerana mereka memisahkan diri mereka drpd jemaah yg memerintah.
"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)
UMNO adalah jemaah terdiri drpd org2 Islam yg ditubuhkan mula2 sekali di Tanah Melayu ini dengan kesedaran utk membebaskan diri drpd belenggu British (pemerintah bukan Islam). dan PAS ditubuhkan sebagai satu sayap utk memperkuatkan jemaah Islam yg sedia ada. Namun begitu, akibat perselisihan pendapat, PAS lebih rela berpecah utk memuaskan nafsu drpd melihat umat Islam di Malaysia bersatu di bawah SATU PAYUNG sahaja!.Hanya sebab itu.
'Pertolongan Allah hanya datang melalui satu jemaah'
Itu janjiNya!..
Jika PAS merupakan jemaah yg (memang selalu perasan lebih rapat dan ) mendapat pertolongan Allah,
- Mengapa setelah setengah abad, PAS belum lg menerima pertolongan Allah utk menjadi penguasa di Tanah Melayu ni?
- Bukankah pemimpin2 PAS terdiri drpd org2 yg bangun malam?
- Golongan yg menghabiskan sepertiga malam dgn ibadah dan doa?...
- Bukankah pemimpin PAS terdiri drpd org2 yg makbul doanya? tp kenapa doa "ITU" (menjadi penguasa di Malaysia) tidak termakbul?
Fikir2kanlah.....dan bayangkan jika perpecahan tak berlaku 50 tahun dulu. mungkin dah buat dah hukum hudud. mungkin org2 bukan melayu lebih hormat kpd org melayu kerana kita bersatu.
Post a Comment