Showing posts with label jemaah. Show all posts
Showing posts with label jemaah. Show all posts
Jemaah Menurut Islam : Satu Kupasan (2/2)
Bagaimana pula dgn hadith ini?

Sabda Nabi s.a.w.:
“Akan sentiasa ada tho’ifah (kelompok) daripada umatku yang akan berpegang dengan kebenaran sehingga hari kiamat.” (hadith riwayat At-Tabrani dengan perawi-perawinya yang Sahih).

Ada sesetengah perkumpulan yang merupakan dalam kelompok minoriti umat Islam tersebut, cuba membuktikan bahawa, merekalah (yang merupakan minoriti umat Islam) yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah berdasarkan hadith-hadith begini.

Sebenarnya, apa yg dimaksudkan oleh hadith ini bukanlah satu kelompok drpd kelompok umat Islam, tetapi kelompok umat Islam drpd seluruh umat manusia(yg Kristian, yg Yahudi, yg Buddha, yg Nasrani, yg Majusi).

Ini dikuatkan dengan sabda Nabi s.a.w

“…Umatku akan sentiasa memperjuangkan urusan ini (agama Islam atau kebenaran)…” (hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ini menunjukkan, hadith yang menyebut tentang tho’ifah (kelompok) tadi adalah umat Islam, bukan sekelompok daripada umat Islam. Mereka memperjuangkan adalah Al-Haq (kebenaran) iaitu agama Islam dan aqidah Islamiyah.


Keraguan Dalam Persoalan Jemaah

1. Sekumpulan manusia di Malaysia ini telah menyalahgunakan ayat2 Al-Quran dan hadith untuk mengukuhkan pendapat mereka bahawa merekalah yg dikatakan 'Al-Jamaah' yg sebenrar dan menghukum /memaki/melabel mengasingkan sesiapa sahaja yg tak sependapat dgn mereka. Sila rujuk ulasan berkenaan Sawadhu Al-A’zhom dlm entri sebelumnya.

2. Mereka hanya akan menerima pendapat hanya dari pimpinan dalam jemaah mereka sahaja,dan menolak pandangan golongan ulama atau ahli ilmu yang bukan dari jemaah mereka. Walaupun sebenarnya pimpinan mereka itu kurang kelayakan dlm membicarakan soal2 tertentu. (Pengkhususan Fiqh, atau Aqidah atau Permasalahan Umum).

3. Mereka tidak memahami fokus dakwah para nabi dan rasul terdahulu di mana memperbetulkan aqidah dahulu kemudian baru mengajar ibadah yg sahih. Justeru, fokus mereka hanya tertumpu kpd ritual ibadah yg tanpa dikuatkan dgn spiritual aqidah yg jelas. (contoh, mementingkan wanita bertudung. mereka sewenang2nya menghukumkan wanita yg tak bertudung adalah ahli neraka dan ibadat tidak diterima Allah.atau bermati2an mahu melaksanakan hudud walaupun dlm soal aqidah, tidak dititikberatkan)

4. Mereka perasan dan menyamakan diri mereka dalam situasi ketika dakwah Islam masih di peringkat makkiyyah di mana sebahagian besar umat masih dalam keadaan jahiliyyah dan bukan Islam. Senario ini seolah-olah umat selain dari ahli jemaah mereka merupakan penganut-penganut jahiliyyah( yang tidak memahami perjuangan sebenar) sedangkan Islam sudah sempurna dan hanya yang tinggal buat umat Islam ialah memperkayakan ilmu dan berdakwah dengan ilmu yang dipelajari melalui pelbagai pendekatan semasa. Bukan dgn pendekatan semasa zaman jahiliyyah dahulu.
Labels: 0 comments | edit post
Jemaah Menurut Islam : Satu Kupasan (1/2)


Kalimah jemaah bermaksud
menghimpunkan sesuatu daripada berpecah

Dari sudut istilah bermaksud
Perkumpulan org2 beriman di atas al_Haq (kebenaran) yg padanya rasul dan sahabat dan jalan yg dilalui oleh mereka seperti yg disebutkan oleh kitab dan sunnah 
(Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman : Syed Adil Ali Syaikhan)

Jemaah secara kesimpulannya mempunyai lima ciri iaitu :
  1.  Al-Haq , dan perkara ibadah serta ketaatan kpd Allah
  2. Sunnah dan teladan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya
  3. Kumpulan ulama mujtahidin( dan ijma` mereka)
  4. Umat Islam dan masyarakatnya melawan yang kuffar
  5. Negara Islam dengan imam/khalifah yang sah
 (Imam Syatibi dlm kitabnya Al-I'tisom)


Kewujudan kepelbagaian organisasi2 Islam boleh dianggap lumrah yg tidak dpt dielakkan kerana hakikat usaha dakwah itu mempunyai ruang besar bg melakukan ijtihad. Dalam bidang yg berlakunya ijtihad, pasti wujud khilaf dan perbezaan pendapat.

contoh seperti kewujudan 4 mazhab, dan pelbagai tariqat dalam Islam. Setiap satu HARUS menerima kewujudan masing2 sebagaimana para imam mazhab yg terdahulu tidak pernah mencela antara satu sama lain, tidak pernah menuduh yg lain sesat, bidaah atau keluar drpd Islam hanya kerana tidak bersama dgn kumpulannya. Mereka tidak menjadikan perbezaan sebagai ruang untuk berlakunya perpecahan sesama sendiri.

Pengertian jemaah tidak merujuk kpd satu2 kumpulan Islam. Menganggap kumpulan sedemikian sebagai jemaah yg wajib disertai dan meninggalkannya adalah dosa dan kufur adalah satu pandangan yang menyeleweng dan melampau.
(Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan penguasa (atau pemerintah) dari kalangan kamu.” (Surah an-Nisaa: 59)

Ayat ini menjelaskan jemaah yang berada di bawah pimpinan pemerintahan umat Islam itu sendiri yang diterima atau diakui sebagai jemaah yang sebenar. Ketaatan kepada Tuhan di sini bererti cuba memenuhi kewajipan-kewajipan keagamaan dan moral, berusaha mendekati keadilan dan kasih sayang Tuhan dengan menghindari maksiat dan penindasan, serta melaksanakan amal soleh.

Manakala ketaatan kepada Rasul bererti mengikuti jalan atau sunnahnya dalam memenuhi kewajipan dan perintah Ilahi.
Ketaatan kepada orang-orang yang berkuasa bererti kesetiaan terhadap tujuan untuk mencapai keadaan yang baik dan kondusif bagi ketaatan kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Ini menuntut orang-orang yang berkuasa itu memberikan contoh ketaatan yang teguh kepada Tuhan dan Rasul-Nya.

Perkara ini juga dapat difahami daripada firman Allah s.a.w di dalam surah tersebut pada ayat lain di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


“Sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w setelah nyata kebenaran kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan lain daripada jalan orang mukmin, Kami biarkannya melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat) Kami akan humbankannya ke neraka, ianya seburuk-buruk tempat kesudahan.” (Surah an-Nisaa: 115)

Berdasarkan dua ayat tersebut, jelas menggambarkan maksud daripada pengertian jemaah yang sebenar menurut Islam, iaitu kelompok yang di bawah pimpinan pemerintah umat Islam, bukan jemaah lain sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah kumpulan atau sesetengah pihak.


Sawadhul A’zhom


As-Sawad Al-A’zhom dari sudut bahasanya bererti, warna hitam yang terbesar, biasanya menjadi kiasan bagi menunjukkan kuantiti yang banyak. Al-A’zhom itu bererti yang terbesar.
Maksud dlm konteks perbahasan ini ialah, golongan As-Sawadhu Al-A’zhom adalah golongan yang mempunyai kuantiti yang terbesar dalam kelompok umat Islam, saat berlakunya perpecahan dalam umat Islam.

Antara hadith-hadith berkenaan Sawadhul A’zhom adalah:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom. Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka(Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).

Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A’zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na’im dan melalui jalan Al-Dhiya’ Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)

Hadis2 di atas dikuatkan lagi dengan hadith yang lain yang berbunyi:

Hendaklah kamu bersama-sama dengan Al-Jamaah. Dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya, syaitan itu berserta dengan yang satu, sedangkan dia lebih jauh daripada yang dua (berbanding yang satu tersebut). (Hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Saidina Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim dan Imam Ahmad).

Huraian kepada (Syaitan bersama yang satu sedangkan dia lebih jauh darpada yang dua berbanding yang satu) menunjukkan , suatu perumpamaan dalam bentuk nisbah, iaitu 2:1.

Di mana, Nabi s.a.w. mengingatkan bahawasanya, syaitan itu akan bersama dengan yang satu berbanding yang dua orang. Maknanya, syaitan akan bersama-sama dengan minoriti berbanding yang majoriti. Ini menunjukkan jemaah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah golongan majoriti dalam kalangan umat Islam. Kerana itulah, Nabi s.a.w. mengingatkan supaya tidak beserta dengan minoriti kerana syaitan beserta yang minoriti, sedangkan dia lebih jauh daripada yang majoriti berbanding yang minoriti.






...continued
Labels: 0 comments | edit post
  • Satu Sekolah Untuk Semua

    Satu Sekolah Untuk Semua
    For a better Malaysian

    Visitor

    web counter

    Blog Archive

    Followers