MCA Youth Against Bloggers' One School For All Petition
KUALA LUMPUR: The MCA Youth criticised some bloggers and an online petition supporting the "One School for All" campaign.
MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said MCA planned to take action against bloggers who claimed that vernacular schools were causing racial tension in the country.
Wee said MCA strongly disagreed with the statements made by bloggers and might lodge a police report against them or refer them to the Malaysian Communications and Multimedia Commission.
"Statements such as gejala sekolah vernakular (vernacular school symptoms) suggest Chinese and Tamil schools are a disease in society."
Wee said Chinese and Tamil schools had been in existence since independence and it was the rights of Chinese and Indians in the country to send their children to these schools. --
NST May 24th 2009
Adakah Menteri ini sudah mengkaji tentang cadangan 'One School For All' ini dgn lebih teliti?
sila baca FAQ di sini
untuk memahami lebih lanjut cadangan yang dikemukakan oleh beberapa non-partisan ini.
Pada pendapat saya, jika menteri tidak menyokong cadangan yg berkonsepkan 1Malaysia ini, malah membuat laporan polis berkenaan rakyat2 yg begitu dahagakan keharmonian dan muhibbah antara kaum ini, beliau tidak patut berada di kerusi Menteri.
Peruntukan biasiswa oleh pelajar2 bukan-bumiputera amat lantang disebut2, maka seeloknya satukan sahaja aliran persekolahan supaya lebih adil dan saksama.
Kalau nak biasiswa sama mcm pelajar Melayu, maka kompromilah..!! Mengapa sering Melayu sahaja kompromi untuk kamu?
u have to kill your opponent, or u will get kill
either way, u will certainly lose everything else....
u jeopardize your heart, soul and money....
power play is ruthless....
but always remember,
with great power, comes a great responsibility....
Mari saya terangkan sedikit tentang konsep 1Malaysia ini. Mengikut teks nya 1Malaysia ini begini:
DEFINISI
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita"
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Ayat
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”
telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
"Konsep Malaysian Malaysia" adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.
Tetapi konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara.
NILAI-NILAI 1MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti
Kesimpulan yg saya dapat ambil dr konsep ini:
Ibaratkan Negara Malaysia ini seperti rumah banglo yang mempunyai beberapa bilik. Setiap kaum mewakili satu bilik. Maka berpuas hatilah dgn bilik yang ada dan anda dapat (seperti yg digariskan dlm perlembagaan dan sosial contract). Hiaslah bilik kamu mengikut selera. Nak pasang tirai, nak pasang wallpaper, suka hati lah. Tapi janganlah dengki bila tengok bilik kaum lain tu lg besar dr bilik kamu, kamu nak bilik sama macam bilik kaum lain. Kamu nak halau pula orang2 dari bilik itu untuk kamu duduki... ataupun kamu pecah dinding bilik utk membuat bilik lebih besar daripada yg dah ditetapkan dengan menghimpit bilik kaum lain.
Mana boleh. Setiap rumahkan ada peraturan? Kan dah ditetapkan siapa dapat bilik mana? Lagipun Ruang Tamu, Ruang makan, Ruang rehat kan dah kongsi?....
Faham??
Mari kita lihat apa dia One Israel ni yg baru2 ini dikaitkn dengan 1 Malaysia?
"One Israel" adalah pembentukan gabungan di antara beberapa parti politik di Israel dalam pilihanraya Israel pada tahun 1999 di mana Parti Buruh, Gesher dan Meimad telah bergabung di bawah platform “One Israel”
Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah “Parti Politik”. Ini berdasarkan juga kpd kenyataan Barak yang pernah memaklumkan hasratnya kepada pemimpin Parti Buruh bahawa beliau mahu menubuhkan sebuah Parti Baru di bawah nama “One Israel” dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Israel pada tahun 1999.
Jadi, adakah ia sama seperti One Israel? 1Malaysia ni gabungan parti politik?....Sudah tentu tidak!...1Malaysia hanyalah sebuah konsep yang menggariskan hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kita sekarang. Itu sahaja.
kalau nak kata tiru Israel
PAS juga meniru slogan Israel dimana
"PAS FOR ALL" bersamaan dengan "ISRAEL FOR ALL"
Sibuk menuduh org sehingga tak perasan slogan sendiri ?
Pakatan Pembangkang telah pun menyebut2 siapa calon PRK. Orangnya adalah yg disebut2 unntuk menggantikan AI (apabila dia ke Sg Buluh nanti).
Bagi saya, ini adalah percaturan berani mati.
Ini merupakan field test untuk Zaid Ibrahim mengukur tahap pengaruhnya dalam PR. Bekas buangan UMNO ini sangat desperate untuk menunjukkan kemampuannya dan lari drpd title 'buangan UMNO'.
Tapi, itu kalau dia menang.
Kalau kalah?.....
Siapa yg dapat political mileage?.....
Siapa yg akan lebih berkuasa dalam inner circle AI nanti?
ini kerana org2 Pembangkang sukar nak terima calon yg kalah.
Adakah 'orang di belakang tabir ini' sudah membaca mood penduduk awal2 yang berkemungkinan BN akan menang kali ini?....
Adakah 'org di belakang tabir ini' mempunyai strategi sendiri untuk menyahkan zaid drpd golongan inner circle AI?
hurmm....menarik drama swasta pembangkang ni...
sama2 kita saksikan....
Jika dilihat di atas kertas BN yg bertunjangkan parti keramat UMNO akan menang....
Insya Allah....
Mari tawan Hulu Selangor!!!