Ramai Yang Keliru Tentang Konsep 1Malaysia.

Mari saya terangkan sedikit tentang konsep 1Malaysia ini. Mengikut teks nya 1Malaysia ini begini:

DEFINISI
Konsep 1Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak: 
“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita"

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.



Ayat 
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”  

telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.  Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


PERBEZAAN ANTARA KONSEP  1MALAYSIA  DENGAN  KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA 

"Konsep Malaysian Malaysia" adalah satu dasar yang mahu  menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud  buat sekian lama.  Keadilannya diambil secara membuta tuli  dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. 

Tetapi  konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa  Malaysia.  Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya  terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti  dan sejarah negara.



NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat  dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan 
2. Ketabahan 
3. Rendah hati 
4. Penerimaan
5. Kesetiaan 
6. Meritokrasi 
7. Pendidikan 
8. Integriti






Kesimpulan yg saya dapat ambil dr konsep ini:

Ibaratkan Negara Malaysia ini seperti rumah banglo yang mempunyai beberapa bilik. Setiap kaum mewakili satu bilik. Maka berpuas hatilah dgn bilik yang ada dan anda dapat (seperti yg digariskan dlm perlembagaan dan sosial contract). Hiaslah bilik kamu mengikut selera. Nak pasang tirai, nak pasang wallpaper, suka hati lah. Tapi janganlah dengki bila tengok bilik kaum lain tu lg besar dr bilik kamu, kamu nak bilik sama macam bilik kaum lain. Kamu nak halau pula orang2 dari bilik itu untuk kamu duduki... ataupun kamu pecah dinding bilik utk membuat bilik lebih besar daripada yg dah ditetapkan  dengan menghimpit bilik kaum lain. 
Mana boleh. Setiap rumahkan ada peraturan? Kan dah ditetapkan siapa dapat bilik mana? Lagipun Ruang Tamu, Ruang makan, Ruang rehat kan dah kongsi?....
Faham??


Mari kita lihat apa dia One Israel ni yg baru2 ini dikaitkn dengan 1 Malaysia?

"One Israel" adalah pembentukan gabungan di antara beberapa parti politik di Israel dalam pilihanraya Israel pada tahun 1999 di mana Parti Buruh, Gesher dan Meimad telah bergabung di bawah platform “One Israel”

Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah “Parti Politik”. Ini berdasarkan juga kpd kenyataan Barak yang pernah memaklumkan hasratnya kepada pemimpin Parti Buruh bahawa beliau mahu menubuhkan sebuah Parti Baru di bawah nama “One Israel” dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Israel pada tahun 1999.

Jadi, adakah ia sama seperti One Israel? 1Malaysia ni gabungan parti politik?....Sudah tentu tidak!...1Malaysia hanyalah sebuah konsep yang menggariskan hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kita sekarang. Itu sahaja. 

kalau nak kata tiru Israel
PAS juga meniru slogan Israel dimana
"PAS FOR ALL" bersamaan dengan "ISRAEL FOR ALL"

Sibuk menuduh org sehingga tak perasan slogan sendiri ?
0 Responses

Post a Comment

  • Satu Sekolah Untuk Semua

    Satu Sekolah Untuk Semua
    For a better Malaysian

    Visitor

    web counter

    Blog Archive

    Followers