Kalimah jemaah bermaksud
menghimpunkan sesuatu daripada berpecah
Dari sudut istilah bermaksud
Perkumpulan org2 beriman di atas al_Haq (kebenaran) yg padanya rasul dan sahabat dan jalan yg dilalui oleh mereka seperti yg disebutkan oleh kitab dan sunnah
(Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman : Syed Adil Ali Syaikhan)
Jemaah secara kesimpulannya mempunyai lima ciri iaitu :
- Al-Haq , dan perkara ibadah serta ketaatan kpd Allah
- Sunnah dan teladan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya
- Kumpulan ulama mujtahidin( dan ijma` mereka)
- Umat Islam dan masyarakatnya melawan yang kuffar
- Negara Islam dengan imam/khalifah yang sah
(Imam Syatibi dlm kitabnya Al-I'tisom)
Kewujudan kepelbagaian organisasi2 Islam boleh dianggap lumrah yg tidak dpt dielakkan kerana hakikat usaha dakwah itu mempunyai ruang besar bg melakukan ijtihad. Dalam bidang yg berlakunya ijtihad, pasti wujud khilaf dan perbezaan pendapat.
contoh seperti kewujudan 4 mazhab, dan pelbagai tariqat dalam Islam. Setiap satu HARUS menerima kewujudan masing2 sebagaimana para imam mazhab yg terdahulu tidak pernah mencela antara satu sama lain, tidak pernah menuduh yg lain sesat, bidaah atau keluar drpd Islam hanya kerana tidak bersama dgn kumpulannya. Mereka tidak menjadikan perbezaan sebagai ruang untuk berlakunya perpecahan sesama sendiri.
Pengertian jemaah tidak merujuk kpd satu2 kumpulan Islam. Menganggap kumpulan sedemikian sebagai jemaah yg wajib disertai dan meninggalkannya adalah dosa dan kufur adalah satu pandangan yang menyeleweng dan melampau.
(Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan penguasa (atau pemerintah) dari kalangan kamu.” (Surah an-Nisaa: 59)
Ayat ini menjelaskan jemaah yang berada di bawah pimpinan pemerintahan umat Islam itu sendiri yang diterima atau diakui sebagai jemaah yang sebenar. Ketaatan kepada Tuhan di sini bererti cuba memenuhi kewajipan-kewajipan keagamaan dan moral, berusaha mendekati keadilan dan kasih sayang Tuhan dengan menghindari maksiat dan penindasan, serta melaksanakan amal soleh.
Manakala ketaatan kepada Rasul bererti mengikuti jalan atau sunnahnya dalam memenuhi kewajipan dan perintah Ilahi.
Ketaatan kepada orang-orang yang berkuasa bererti kesetiaan terhadap tujuan untuk mencapai keadaan yang baik dan kondusif bagi ketaatan kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Ini menuntut orang-orang yang berkuasa itu memberikan contoh ketaatan yang teguh kepada Tuhan dan Rasul-Nya.
Perkara ini juga dapat difahami daripada firman Allah s.a.w di dalam surah tersebut pada ayat lain di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w setelah nyata kebenaran kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan lain daripada jalan orang mukmin, Kami biarkannya melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat) Kami akan humbankannya ke neraka, ianya seburuk-buruk tempat kesudahan.” (Surah an-Nisaa: 115)
Berdasarkan dua ayat tersebut, jelas menggambarkan maksud daripada pengertian jemaah yang sebenar menurut Islam, iaitu kelompok yang di bawah pimpinan pemerintah umat Islam, bukan jemaah lain sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah kumpulan atau sesetengah pihak.
Sawadhul A’zhom
As-Sawad Al-A’zhom dari sudut bahasanya bererti, warna hitam yang terbesar, biasanya menjadi kiasan bagi menunjukkan kuantiti yang banyak.
Al-A’zhom itu bererti yang terbesar.
Maksud dlm konteks perbahasan ini ialah, golongan
As-Sawadhu Al-A’zhom adalah golongan yang mempunyai kuantiti yang terbesar dalam kelompok umat Islam, saat berlakunya perpecahan dalam umat Islam.
Antara hadith-hadith berkenaan
Sawadhul A’zhom adalah:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom.
Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka“(Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).
Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A’zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na’im dan melalui jalan Al-Dhiya’ Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)
Hadis2 di atas dikuatkan lagi dengan hadith yang lain yang berbunyi:
Hendaklah kamu bersama-sama dengan Al-Jamaah. Dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya, syaitan itu berserta dengan yang satu, sedangkan dia lebih jauh daripada yang dua (berbanding yang satu tersebut). (Hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Saidina Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim dan Imam Ahmad).
Huraian kepada (Syaitan bersama yang satu sedangkan dia lebih jauh darpada yang dua berbanding yang satu) menunjukkan , suatu perumpamaan dalam bentuk nisbah, iaitu 2:1.
Di mana, Nabi s.a.w. mengingatkan bahawasanya, syaitan itu akan bersama dengan yang satu berbanding yang dua orang. Maknanya, syaitan akan bersama-sama dengan minoriti berbanding yang majoriti. Ini menunjukkan jemaah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah golongan majoriti dalam kalangan umat Islam. Kerana itulah, Nabi s.a.w. mengingatkan supaya tidak beserta dengan minoriti kerana syaitan beserta yang minoriti, sedangkan dia lebih jauh daripada yang majoriti berbanding yang minoriti.
...continued