Kenapa PAS dikatakan Keldai Tunggangan?

Jawapannya Sangat mudah dan mengikut fakta!


Cuba lihat kedudukan kerusi pembangkang sekarang? siapa yg mendominasi?
DAP
Daripada keseluruhan kerusi pembangkang, berapa peratus dominasi PAS?
29%
Berapa pula dominasi PKR?
33%
Berapa dominasi DAP?
35%


Daripada keseluruhan kerusi barisan nasional, berapa peratus dominasi UMNO?
56.9%. wow, lebih dr separuh la...


Daripada bilangan keseluruhan kerusi parlimen, berapakah dominasi PAS?
10%.
............


Siapa yg selalu mengadakan ceramah sana sini , mengutip duit dlm ketayap?
PAS. Nisbahnya bolehlah dikatakan 10 ceramah PAS :2 ceramah PKR : 1 ceramah DAP


Siapa yg selalu turun padang pertahankan longkang tersumbatlah, atap rumah bocor lah, ziarah org sakit, mati dan meninggal?
PAS 


Siapa yg selalu kena menurut arahan sehingga terpaksa ubah prinsip perjuangan? 
(cth drpd Negara Islam..sekarang ni dah jd Negara Berkebajikan....berpuluh2 tahun hudud, sekarang hudud = 0.0001% je!)
PAS lg




Wahh...bagus betul pas berjuang untuk rakyat....check balik siapa yg dominasi Pakatan?
DAP!...


Ahaks....yg teruk2 buat kerja lain...yg benefit org lain......
tidakkah seperti keldai tunggangan DAP tu?
HANYA KELDAI JE je yg sanggup dikerjakan, ditunggang, di letakkan beban yg berat oleh org lain....


betul tak?
jadi, jgnlah melenting bila dilemparkan ayat2 menusuk kalbu ni.....anda mmg rela diperlakukan sedemikian. nak buat guano?




ps: sedar2 lah sikit 'puak yg lari dr jemaah'......masuklah semula dlm jemaah. Tuhan tak redha!
Asalnya PAS lebih rasis dr UMNO



PAS (Persatuan Islam Se-Malaya) suatu waktu dahulu ditubuhkan sebagai sayap UMNO yg bertanggung jawab menasihati hal-hal keagamaan. PAS yg terdiri drpd barisan2 ulama' mengambil keputusan keluar drpd UMNO kerana tidak mahu menyertai National Conference pada tahun1951.  Pada ketika itu konferensi ini bertujuan utk  mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bg seluruh kaum yg ada di negara ini. PAS tidak bersetuju dgn keputusan tersebut lalu keluar drpd UMNO. (Rasis kan PAS ni rupa2nya!....tak nak langsung iktiraf org bukan melayu menjadi warganegara sampai sanggup berpecah dr UMNO tu....)

Maka bolehlah disimpulkan lahirnya PAS sekarang ialah  golongan yg tak puas hati dgn keputusan pimpinan jemaah lalu keluar drpd jemaah dan melantik ketua sendiri lalu menentang jemaah sedia ada.

Jom lihat sabda Rasulullah SAW :

"…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menhimpun umat Muhammad dalam kesesatan" (Hadith riwayat At-Tabrani)

Wajibnya taat kepada pemerintah ini sehingga ada hadis mengumpamakan begini,

"Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jama'ah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah." (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: "Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat." (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)


Walaupun PAS merasakan diri mereka lebih Islam drpd org lain. puak2 khawarij ini tetap mati dlm keadaan jahiliyah.Hanya kerana mereka memisahkan diri mereka drpd jemaah yg memerintah.

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

UMNO adalah jemaah terdiri drpd org2 Islam yg ditubuhkan mula2 sekali di Tanah Melayu ini dengan kesedaran utk membebaskan diri drpd belenggu British (pemerintah bukan Islam). dan PAS ditubuhkan sebagai satu sayap utk memperkuatkan jemaah Islam yg sedia ada. Namun begitu, akibat perselisihan pendapat, PAS lebih rela berpecah utk memuaskan nafsu drpd melihat umat Islam di Malaysia bersatu di bawah SATU PAYUNG sahaja!.Hanya sebab itu.

'Pertolongan Allah hanya datang melalui satu jemaah'

Itu janjiNya!..

Jika PAS merupakan jemaah yg (memang selalu perasan lebih rapat dan ) mendapat pertolongan Allah, 


  • Mengapa setelah setengah abad, PAS belum lg menerima pertolongan Allah utk menjadi penguasa di Tanah Melayu ni?
  • Bukankah pemimpin2 PAS terdiri drpd org2 yg bangun malam? 
  • Golongan yg menghabiskan sepertiga malam dgn ibadah dan doa?...
  • Bukankah pemimpin PAS terdiri drpd org2 yg makbul doanya? tp kenapa doa "ITU" (menjadi penguasa di Malaysia) tidak termakbul?

Fikir2kanlah.....dan bayangkan jika perpecahan tak berlaku 50 tahun dulu. mungkin dah buat dah hukum hudud. mungkin org2 bukan melayu lebih hormat kpd org melayu kerana kita bersatu.
Jemaah Menurut Islam : Satu Kupasan (2/2)
Bagaimana pula dgn hadith ini?

Sabda Nabi s.a.w.:
“Akan sentiasa ada tho’ifah (kelompok) daripada umatku yang akan berpegang dengan kebenaran sehingga hari kiamat.” (hadith riwayat At-Tabrani dengan perawi-perawinya yang Sahih).

Ada sesetengah perkumpulan yang merupakan dalam kelompok minoriti umat Islam tersebut, cuba membuktikan bahawa, merekalah (yang merupakan minoriti umat Islam) yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah berdasarkan hadith-hadith begini.

Sebenarnya, apa yg dimaksudkan oleh hadith ini bukanlah satu kelompok drpd kelompok umat Islam, tetapi kelompok umat Islam drpd seluruh umat manusia(yg Kristian, yg Yahudi, yg Buddha, yg Nasrani, yg Majusi).

Ini dikuatkan dengan sabda Nabi s.a.w

“…Umatku akan sentiasa memperjuangkan urusan ini (agama Islam atau kebenaran)…” (hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ini menunjukkan, hadith yang menyebut tentang tho’ifah (kelompok) tadi adalah umat Islam, bukan sekelompok daripada umat Islam. Mereka memperjuangkan adalah Al-Haq (kebenaran) iaitu agama Islam dan aqidah Islamiyah.


Keraguan Dalam Persoalan Jemaah

1. Sekumpulan manusia di Malaysia ini telah menyalahgunakan ayat2 Al-Quran dan hadith untuk mengukuhkan pendapat mereka bahawa merekalah yg dikatakan 'Al-Jamaah' yg sebenrar dan menghukum /memaki/melabel mengasingkan sesiapa sahaja yg tak sependapat dgn mereka. Sila rujuk ulasan berkenaan Sawadhu Al-A’zhom dlm entri sebelumnya.

2. Mereka hanya akan menerima pendapat hanya dari pimpinan dalam jemaah mereka sahaja,dan menolak pandangan golongan ulama atau ahli ilmu yang bukan dari jemaah mereka. Walaupun sebenarnya pimpinan mereka itu kurang kelayakan dlm membicarakan soal2 tertentu. (Pengkhususan Fiqh, atau Aqidah atau Permasalahan Umum).

3. Mereka tidak memahami fokus dakwah para nabi dan rasul terdahulu di mana memperbetulkan aqidah dahulu kemudian baru mengajar ibadah yg sahih. Justeru, fokus mereka hanya tertumpu kpd ritual ibadah yg tanpa dikuatkan dgn spiritual aqidah yg jelas. (contoh, mementingkan wanita bertudung. mereka sewenang2nya menghukumkan wanita yg tak bertudung adalah ahli neraka dan ibadat tidak diterima Allah.atau bermati2an mahu melaksanakan hudud walaupun dlm soal aqidah, tidak dititikberatkan)

4. Mereka perasan dan menyamakan diri mereka dalam situasi ketika dakwah Islam masih di peringkat makkiyyah di mana sebahagian besar umat masih dalam keadaan jahiliyyah dan bukan Islam. Senario ini seolah-olah umat selain dari ahli jemaah mereka merupakan penganut-penganut jahiliyyah( yang tidak memahami perjuangan sebenar) sedangkan Islam sudah sempurna dan hanya yang tinggal buat umat Islam ialah memperkayakan ilmu dan berdakwah dengan ilmu yang dipelajari melalui pelbagai pendekatan semasa. Bukan dgn pendekatan semasa zaman jahiliyyah dahulu.
Labels: 0 comments | edit post
Jemaah Menurut Islam : Satu Kupasan (1/2)


Kalimah jemaah bermaksud
menghimpunkan sesuatu daripada berpecah

Dari sudut istilah bermaksud
Perkumpulan org2 beriman di atas al_Haq (kebenaran) yg padanya rasul dan sahabat dan jalan yg dilalui oleh mereka seperti yg disebutkan oleh kitab dan sunnah 
(Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman : Syed Adil Ali Syaikhan)

Jemaah secara kesimpulannya mempunyai lima ciri iaitu :
  1.  Al-Haq , dan perkara ibadah serta ketaatan kpd Allah
  2. Sunnah dan teladan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya
  3. Kumpulan ulama mujtahidin( dan ijma` mereka)
  4. Umat Islam dan masyarakatnya melawan yang kuffar
  5. Negara Islam dengan imam/khalifah yang sah
 (Imam Syatibi dlm kitabnya Al-I'tisom)


Kewujudan kepelbagaian organisasi2 Islam boleh dianggap lumrah yg tidak dpt dielakkan kerana hakikat usaha dakwah itu mempunyai ruang besar bg melakukan ijtihad. Dalam bidang yg berlakunya ijtihad, pasti wujud khilaf dan perbezaan pendapat.

contoh seperti kewujudan 4 mazhab, dan pelbagai tariqat dalam Islam. Setiap satu HARUS menerima kewujudan masing2 sebagaimana para imam mazhab yg terdahulu tidak pernah mencela antara satu sama lain, tidak pernah menuduh yg lain sesat, bidaah atau keluar drpd Islam hanya kerana tidak bersama dgn kumpulannya. Mereka tidak menjadikan perbezaan sebagai ruang untuk berlakunya perpecahan sesama sendiri.

Pengertian jemaah tidak merujuk kpd satu2 kumpulan Islam. Menganggap kumpulan sedemikian sebagai jemaah yg wajib disertai dan meninggalkannya adalah dosa dan kufur adalah satu pandangan yang menyeleweng dan melampau.
(Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan penguasa (atau pemerintah) dari kalangan kamu.” (Surah an-Nisaa: 59)

Ayat ini menjelaskan jemaah yang berada di bawah pimpinan pemerintahan umat Islam itu sendiri yang diterima atau diakui sebagai jemaah yang sebenar. Ketaatan kepada Tuhan di sini bererti cuba memenuhi kewajipan-kewajipan keagamaan dan moral, berusaha mendekati keadilan dan kasih sayang Tuhan dengan menghindari maksiat dan penindasan, serta melaksanakan amal soleh.

Manakala ketaatan kepada Rasul bererti mengikuti jalan atau sunnahnya dalam memenuhi kewajipan dan perintah Ilahi.
Ketaatan kepada orang-orang yang berkuasa bererti kesetiaan terhadap tujuan untuk mencapai keadaan yang baik dan kondusif bagi ketaatan kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Ini menuntut orang-orang yang berkuasa itu memberikan contoh ketaatan yang teguh kepada Tuhan dan Rasul-Nya.

Perkara ini juga dapat difahami daripada firman Allah s.a.w di dalam surah tersebut pada ayat lain di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


“Sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w setelah nyata kebenaran kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan lain daripada jalan orang mukmin, Kami biarkannya melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat) Kami akan humbankannya ke neraka, ianya seburuk-buruk tempat kesudahan.” (Surah an-Nisaa: 115)

Berdasarkan dua ayat tersebut, jelas menggambarkan maksud daripada pengertian jemaah yang sebenar menurut Islam, iaitu kelompok yang di bawah pimpinan pemerintah umat Islam, bukan jemaah lain sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah kumpulan atau sesetengah pihak.


Sawadhul A’zhom


As-Sawad Al-A’zhom dari sudut bahasanya bererti, warna hitam yang terbesar, biasanya menjadi kiasan bagi menunjukkan kuantiti yang banyak. Al-A’zhom itu bererti yang terbesar.
Maksud dlm konteks perbahasan ini ialah, golongan As-Sawadhu Al-A’zhom adalah golongan yang mempunyai kuantiti yang terbesar dalam kelompok umat Islam, saat berlakunya perpecahan dalam umat Islam.

Antara hadith-hadith berkenaan Sawadhul A’zhom adalah:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom. Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka(Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).

Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A’zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na’im dan melalui jalan Al-Dhiya’ Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)

Hadis2 di atas dikuatkan lagi dengan hadith yang lain yang berbunyi:

Hendaklah kamu bersama-sama dengan Al-Jamaah. Dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya, syaitan itu berserta dengan yang satu, sedangkan dia lebih jauh daripada yang dua (berbanding yang satu tersebut). (Hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Saidina Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim dan Imam Ahmad).

Huraian kepada (Syaitan bersama yang satu sedangkan dia lebih jauh darpada yang dua berbanding yang satu) menunjukkan , suatu perumpamaan dalam bentuk nisbah, iaitu 2:1.

Di mana, Nabi s.a.w. mengingatkan bahawasanya, syaitan itu akan bersama dengan yang satu berbanding yang dua orang. Maknanya, syaitan akan bersama-sama dengan minoriti berbanding yang majoriti. Ini menunjukkan jemaah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah golongan majoriti dalam kalangan umat Islam. Kerana itulah, Nabi s.a.w. mengingatkan supaya tidak beserta dengan minoriti kerana syaitan beserta yang minoriti, sedangkan dia lebih jauh daripada yang majoriti berbanding yang minoriti.






...continued
Labels: 0 comments | edit post
Kronisme Parti Pembangkang...
saya amat tertarik dgn tajuk akhbar utusan pada hari ini....dan intipatinya juga amat bernas ..syabas pengarang Aznan Bakar untuk tulisan beliau yg amat pedas itu.


CAKAP tidak serupa bikin atau kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.Itu merupakan antara perumpamaan dan peri bahasa yang menggambarkan situasi politik pembangkang sekarang.

Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme.

Biar apa pun alasan yang diberikan, namun amalan itu jelas menjadi amalan mereka.

Sedangkan pihak pembangkanglah yang mula-mula membangkitkan soal kronisme dan nepotisme. Atas nama integriti dan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti, mereka mengkritik, menghentam dan mengecam apabila ada pelantikan ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan pemberian kontrak serta agihan saham.

Pada hujung tahun 1990-an, muncul pihak-pihak tertentu yang menggunakan elemen kronisme ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN. Matlamatnya adalah untuk mengetepikan kepimpinan ketika itu.

Namun apabila didedahkan segala data dan fakta, terbukti amalan kronisme dan nepotisme itu sebenarnya lebih memihak kepada kumpulan yang menuduh. Namun istilah kronisme itu terus melekat dan menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan BN hingga hari ini.

Soal pemberian kontrak dan jawatan kepada kawan-kawan, saudara mana, anak dan menantu sering dibangkitkan walaupun sebahagian besarnya tidak berasas dan tiada bukti.Ia tidak terhad kritikan sahaja. Tetapi turut membabitkan serangan peribadi hingga sampai ke tahap mengaibkan.

Namun semua itu diterima dan dianggap wajar oleh pembangkang kerana ia memberi kelebihan kepada mereka.
Dalam politik setiap orang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dan cita-cita tanpa mengira dasar perjuangan parti.

Matlamat menghalalkan cara merupakan perkara biasa. Apabila orang lain buat ia merupakan satu dosa. Namun apabila membabitkan diri sendiri ia halal dan dikatakan berasaskan merit.

Krisis terbaru dalam Pas membuktikan kronisme menjadi amalan dalam parti itu. Biar seseorang itu bertaraf ulama dan dipanggil dengan panggilan Tok Guru namun apabila sampai masa untuk mengisi jawatan-jawatan penting, anak dan menantu pasti menjadi keutamaan.

Jika dilihat daripada aspek biologi, memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk di dunia ini untuk memberikan keutamaan kepada individu yang rapat dengan mereka. Jika bapa berkuasa ia pasti akan memberikan keutamaan kepada anak-anaknya. Jika anak-anak tidak layak atau tidak berminat maka menantu akan menjadi pilihan.

Oleh itu apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ia bukan sesuatu yang luar biasa. Nama pun Perbadanan Menteri Besar, sudah tentu bukan satu kesalahan jika ia diterajui oleh menantu Menteri Besar.

Ini merupakan fitrah dan lumrah manusia. Sesuatu jawatan penting dalam agensi di bawah kerajaan negeri terutama yang membabitkan kewangan dan pelaburan tentu lebih baik diberikan kepada orang yang boleh dipercayai.

Dalam kes PMBK, sudah tentu Nik Abdul Aziz lebih mempercayai menantunya kerana beliau lebih mengetahui hati budi Abdul Ariffahmi berbanding orang lain.

Seperti kata Nik Abdul Aziz, menantunya itu mempunyai kelayakan daripada segi merit untuk menjawat jawatan itu.

Tetapi Mursyidul Am Pas itu mungkin tidak sedar, apabila bapa mertua melantik menantu dalam mana-mana jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang dipimpinnya ia dinamakan kronisme.

Kritikan yang sama juga diberikan kepada BN dan UMNO jika berlaku lantikan yang membabitkan anak dan menantu termasuk yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya.

Bukankah Pas dan parti pembangkang lain amat kuat menentang hal yang berkaitan dengan kronisme dan nepotisme ini?

Jika sebelum ini mereka membantah amalan kronisme, mengapa pula sekarang mengamalkannya?

Apabila sudah amalkan kronisme maka kenalah terima kritikan dan bantahan daripada rakyat. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Atau lebih jijik lagi, menjilat ludah sendiri.

Kalau diamati dan diteliti, amalan kronisme ini bukannya berlaku dalam Pas sahaja. Ia juga merupakan perkara biasa dalam DAP dan PKR.

Dalam DAP misalnya, boleh dikatakan sebahagian daripada wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah. Ia sama ada anak dan bapa atau menantu dengan mertua. Tidakkah ini merupakan satu amalan kronisme yang dahsyat hingga menghalang peluang orang lain untuk sama-sama berbakti kepada rakyat?

Kalau individu itu bukan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu amat sukar untuk mereka menjadi wakil rakyat. Jika dipilih sekalipun, ia adalah atas usaha dan kerja keras mereka.
Tetapi jika individu terbabit merupakan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu, mereka tidak perlu membuktikan apa-apa. Tiba-tiba sahaja nama dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya. Selain itu, jawatan tertinggi juga boleh diwariskan kepada anak-anak seperti sistem monarki.

Yang mengecewakan, golongan ini merupakan yang paling lantang mengkritik amalan kronisme.
Tetapi realitinya ia merupakan sebahagian daripada budaya dan amalan mereka. Apabila ia terdedah seperti apa yang berlaku di Kelantan, media yang akan disalahkan.

Kononnya media membangkitkan hal-hal remeh yang tidak perlu dan tidak ada kaitan. Di mana tidak perlunya - kalau menantu seorang menteri besar dalam sekelip mata menjadi CEO sebuah agensi penting? PMBK merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap perjalanan kewangan dan pelaburan kerajaan negeri.

Sebab itu apabila menteri besar melantik menantu menerajuinya, sedikit sebanyak sudah tentu timbul kemusykilan. Jika Nik Abdul Aziz merasakan pelantikan itu telus dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, beliau tidak harus bimbang dan tidak perlu pula melenting. Malah Abdul Ariffahmi jika telus, tidak perlu meletakkan jawatan.

Tetapi orang masih ingat setiap kata-kata dan ungkapan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung isu kronisme dan nepotisme dalam kerajaan BN dan UMNO. Ini bukan soal menyibuk atau mendedahkan aib sesiapa. Tetapi lebih kepada soal maruah dan prinsip serta integriti.
Jika kita menentang sesuatu amalan yang dikatakan kronisme dan nepotisme maka sebagai pemimpin hebat yang diberi taraf ulama, sewajarnya kita mengelakkan daripada melakukan perkara seperti itu, atau yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Jangan jadi seperti ketam yang cuba mengajar anak berjalan dengan betul. Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.
Soal Jawab Tentang Chin Peng
Siapakah Chin Peng ini?

Chin Peng , atau nama sebenarnya Ong Boon Hua , merupakan pengasas PKM tahun 1940- an hingga 1970-an (Parti Komunis Malaya). Cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia dengan kekerasan. Ingin menghapuskan Sistem Raja-Raja di Malaysia. PKM terkenal dengan taktik serangan gerilla dan menyeksa orang-orang kampung di pinggir hutan yang tak berdosa. membunuh dengan cara mengelar mangsa di seluruh badan.



PKM juga menentang Jepun pada zaman 1940-an. Bukankah dia juga pejuang kemerdekaan?

Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Semasa itu, negara China berfahaman komunis. Setelah Tanah Melayu(Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 1957, PKM terus menjalankan pemberontakan bersenjata di seluruh Malaysia sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat pada tahun 1960. Sekiranya beliau pejuang kemerdekaan, mengapa beliau terus-terusan menghuru-harakan negara, mengorbankan beribu-ribu tentera kita setelah merdeka?



Mengapa ramai yang menentang kemasukan semula Chin Peng di negara ini? Bukankah Perang sudah lama tamat? Maafkan sahajalah beliau.

Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara rasmi dari Raja-raja Malaysia, kerajaan , keluarga tentera yang terbunuh dan rakyat Malaysia di atas segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh gerila PKM. Beliau tidak pernah menyatakan rasa kesal beliau ekoran penglibatannya dengan PKM.

Malah,
sewaktu rundingan Baling pada Disember 1955, Chin Peng dengan angkuhnya meminta kerajaan menghalalkan PKM sebagai syarat perlucutan senjata. Hanya di saat pergerakan komunis se dunia menghadapi era kehancuran pada penghujung dekad 90'an (yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Sosialis Soviet pada 1991) barulah PKM mengalah dan secara rasmi menyerah kalah pada 2 Disember 1989 di Haadyai.

Beliau hanya menyerah kalah dan tidak pernah menyebut untuk membubarkan PKM atau menyatakan rasa kesalnya kerana menghuru-harakan Malaysia.



Tapi kenapa Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia oleh Kerajaan? Beliau ahli komunis juga?Tidakkah Kerajaan mengamalkan double standard?

Tidak dinafikan Allahyarhamah Shamsiah Sutan 'Fakeh' adalah seorang aktivis berhaluan kiri yang berfahaman komunis. Tetapi sejarah perjuangan beliau BUKAN bermula dengan PKM, beliau asalnya aktivis PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda), dan pernah mengepalai sayap wanita parti itu iaitu AWAS (Angkatan Wanita Sedar) pada tahun 1946.

Perjuangan PKMM ialah MEMERDEKAKAN Tanah Melayu, bukan MENGKOMUNISKAN bumi ini. Bagaimanapun para pemimpin Komunis pada masa itu berjaya MEMPENGARUHI sebilangan besar aktivis PKMM untuk berjuang bersama PKM dengan harapan menarik sokongan kaum Melayu. Mujur lah pada 1946 UMNO ditubuhkan dan berjaya MENAWAN hati orang Melayu melalui pergerakan nasionalisme kanan yang dibawa parti itu.

Selepas British mengisytiharkan darurat pada 1948, Samsiah menanggotai Rejimen ke 10 PKM. Menurut beliau dalam bukunya 'Memoir Shamsiah Fakeh', beliau seboleh-bolehnya mengelak daripada bertempur dengan Polis dan Askar Melayu, beliau menulis;


“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”

Beliau bersama Rejimen ke 10 sehingga beliau di hantar ke China pada tahun 1956. Pada tahun 1972 beliau DIPECAT sebagai ahli PKM oleh Chin Peng kerana berselisih pendapat dengan ketua PKM itu. Setahu saya beliau tidak pernah mencabar pemecatannya. Selepas itu Samsiah Fakeh BUKAN LAGI ahli PKM.


sumber : wikipedia, buku sejarah tingkatan 3 (1995), mykmu.net, utusan melayu.

  • Satu Sekolah Untuk Semua

    Satu Sekolah Untuk Semua
    For a better Malaysian

    Visitor

    web counter

    Blog Archive

    Followers