Ramai Yang Keliru Tentang Konsep 1Malaysia.

Mari saya terangkan sedikit tentang konsep 1Malaysia ini. Mengikut teks nya 1Malaysia ini begini:

DEFINISI
Konsep 1Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak: 
“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita"

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.



Ayat 
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”  

telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.  Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


PERBEZAAN ANTARA KONSEP  1MALAYSIA  DENGAN  KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA 

"Konsep Malaysian Malaysia" adalah satu dasar yang mahu  menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud  buat sekian lama.  Keadilannya diambil secara membuta tuli  dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. 

Tetapi  konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa  Malaysia.  Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya  terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti  dan sejarah negara.



NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat  dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan 
2. Ketabahan 
3. Rendah hati 
4. Penerimaan
5. Kesetiaan 
6. Meritokrasi 
7. Pendidikan 
8. Integriti






Kesimpulan yg saya dapat ambil dr konsep ini:

Ibaratkan Negara Malaysia ini seperti rumah banglo yang mempunyai beberapa bilik. Setiap kaum mewakili satu bilik. Maka berpuas hatilah dgn bilik yang ada dan anda dapat (seperti yg digariskan dlm perlembagaan dan sosial contract). Hiaslah bilik kamu mengikut selera. Nak pasang tirai, nak pasang wallpaper, suka hati lah. Tapi janganlah dengki bila tengok bilik kaum lain tu lg besar dr bilik kamu, kamu nak bilik sama macam bilik kaum lain. Kamu nak halau pula orang2 dari bilik itu untuk kamu duduki... ataupun kamu pecah dinding bilik utk membuat bilik lebih besar daripada yg dah ditetapkan  dengan menghimpit bilik kaum lain. 
Mana boleh. Setiap rumahkan ada peraturan? Kan dah ditetapkan siapa dapat bilik mana? Lagipun Ruang Tamu, Ruang makan, Ruang rehat kan dah kongsi?....
Faham??


Mari kita lihat apa dia One Israel ni yg baru2 ini dikaitkn dengan 1 Malaysia?

"One Israel" adalah pembentukan gabungan di antara beberapa parti politik di Israel dalam pilihanraya Israel pada tahun 1999 di mana Parti Buruh, Gesher dan Meimad telah bergabung di bawah platform “One Israel”

Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah “Parti Politik”. Ini berdasarkan juga kpd kenyataan Barak yang pernah memaklumkan hasratnya kepada pemimpin Parti Buruh bahawa beliau mahu menubuhkan sebuah Parti Baru di bawah nama “One Israel” dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Israel pada tahun 1999.

Jadi, adakah ia sama seperti One Israel? 1Malaysia ni gabungan parti politik?....Sudah tentu tidak!...1Malaysia hanyalah sebuah konsep yang menggariskan hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kita sekarang. Itu sahaja. 

kalau nak kata tiru Israel
PAS juga meniru slogan Israel dimana
"PAS FOR ALL" bersamaan dengan "ISRAEL FOR ALL"

Sibuk menuduh org sehingga tak perasan slogan sendiri ?
Percaturan Calon PRK....
Pakatan Pembangkang telah pun menyebut2 siapa calon PRK.  Orangnya adalah yg disebut2 unntuk menggantikan AI (apabila dia ke Sg Buluh nanti).

Bagi saya, ini adalah percaturan berani mati.

Ini merupakan field test untuk Zaid Ibrahim mengukur tahap pengaruhnya dalam PR. Bekas buangan UMNO ini sangat desperate untuk menunjukkan kemampuannya dan lari drpd title 'buangan UMNO'.

Tapi, itu kalau dia menang.

Kalau kalah?.....
Siapa yg dapat political mileage?.....
Siapa yg akan lebih berkuasa dalam inner circle AI nanti?
ini kerana org2 Pembangkang sukar nak terima calon yg kalah.

Adakah 'orang di belakang tabir ini' sudah membaca mood penduduk awal2 yang berkemungkinan BN akan menang kali ini?....
Adakah 'org di belakang tabir ini' mempunyai strategi sendiri untuk menyahkan zaid drpd golongan inner circle AI?

hurmm....menarik drama swasta pembangkang ni...

sama2 kita saksikan....

Jika dilihat di atas kertas BN yg bertunjangkan parti keramat UMNO akan menang....
Insya Allah....

Mari tawan Hulu Selangor!!!
Hanya Sebab Itu....
Ada seorg PAS bertanya, adakah saya umno sebab mak ayah umno?
tidak. saya semasa menjadi pelajar adalah aktivis untuk AI. Jadi kenapa beralih arah?

1. Sebelum masuk penjara, selepas masuk penjara karakter AI sangat berlainan. Dahulu tampak lebih Islamik dan kini sangat liberal. Boleh ke percaya dgn org yg prinsip perjuangannya berubah2 mengikut keadaan semasa dan trend terkini? semata2 ingin menjadi Perdana Menteri?

2. Ramai kawan2 rapatnya menjauhkan diri daripadanya.

3. AI diluar negara memburuk2kan Malaysia. Jika anda seorg pemimpin, kenapa anda memburuk2kan negara sendiri?....dan keakrabannya dgn tokoh2 amerika yg dipercayai org2 freemason juga menjadi tanda tanya.

4. Dalam kisah Saiful, @ Kes Liwat 1- AI tidak pernah menafikan bahawa dia TIDAK PERNAH membuat perkara terkutuk tersebut. Maksud saya, secara literalnya. setakat ini, tidak pernah saya dengar perkataan "SAYA TIDAK PERNAH MELIWAT SAIFUL BUHARI AZLAN" drpd mulut AI.
Ya. dia pernah berkata,

  • saya tak pernah buat kerja itu. 
  • Ini semua konspirasi kerajaan utk menjatuhkan saya.
  •  Saya bersumpah tidak pernah melakukan perkara itu.

Tetapi tidak pernah secara spesifik sebagaimana Saiful bersumpah. Saya memerlukan pengakuan sebegitu untuk saya percaya semula kpd AI. Perlu diingatkan, AI adalah seorg pemain persepsi yang hebat. Dia sendiri tidak akan nafikan perkara tersebut. Dia akan menyuruh org2 sekelilingnya yg lakukan. sepertimana senario sekarang.

5.Keengganan AI bermubahalah amat menjadi tandatanya. Kita sebagai org Islam, adalah wajib mempercayai mubahalah Saiful walaupun dia menipu. Ini kerana dia sanggup bersaksikan Allah dan melaknat keturunannya sendiri sekiranya dia menipu. Mubahalah adalah bersifat melindungi dan self destructive begitu. dan kita wajib percaya.

Org PAS itu amat risau sekiranya saya terjebak dalam fitnah. Katanya, tiada siapa nampak perkara tersebut terjadi. Hanya AI, Saiful dan Allah sahaja yg tahu. Sepatutnya saya berkata 'saya tak tahu'....Itu jawapan yg paling tepat setakat ini, katanya.

6. Maaf.  Saya memerlukan lebih daripada itu sebelum menjawab begitu. Persoalannya sekarang. Kenapa Saiful bermubahalah? Sebab dia mahu menyatakan bahawa pengakuannya benar dan dia tahu dia tiada saksi untuk membenarkan pengakuannya. Jadi sebagai org Islam, sumpah sebagini wajib kita percaya.

7.Tetapi sekiranya AI bersumpah juga sepertimana Saiful lakukan, sespesifik Saiful lakukan, baru saya akan menjawab tak tahu. serahkan kepada Allah. Tetapi beranikah AI ?

Its been almost 3 years. Org2 yg tggu dan lihat spt saya sudah kehilangan sandaran utk mempercayai AI.
Kenapa PAS dikatakan Keldai Tunggangan?

Jawapannya Sangat mudah dan mengikut fakta!


Cuba lihat kedudukan kerusi pembangkang sekarang? siapa yg mendominasi?
DAP
Daripada keseluruhan kerusi pembangkang, berapa peratus dominasi PAS?
29%
Berapa pula dominasi PKR?
33%
Berapa dominasi DAP?
35%


Daripada keseluruhan kerusi barisan nasional, berapa peratus dominasi UMNO?
56.9%. wow, lebih dr separuh la...


Daripada bilangan keseluruhan kerusi parlimen, berapakah dominasi PAS?
10%.
............


Siapa yg selalu mengadakan ceramah sana sini , mengutip duit dlm ketayap?
PAS. Nisbahnya bolehlah dikatakan 10 ceramah PAS :2 ceramah PKR : 1 ceramah DAP


Siapa yg selalu turun padang pertahankan longkang tersumbatlah, atap rumah bocor lah, ziarah org sakit, mati dan meninggal?
PAS 


Siapa yg selalu kena menurut arahan sehingga terpaksa ubah prinsip perjuangan? 
(cth drpd Negara Islam..sekarang ni dah jd Negara Berkebajikan....berpuluh2 tahun hudud, sekarang hudud = 0.0001% je!)
PAS lg




Wahh...bagus betul pas berjuang untuk rakyat....check balik siapa yg dominasi Pakatan?
DAP!...


Ahaks....yg teruk2 buat kerja lain...yg benefit org lain......
tidakkah seperti keldai tunggangan DAP tu?
HANYA KELDAI JE je yg sanggup dikerjakan, ditunggang, di letakkan beban yg berat oleh org lain....


betul tak?
jadi, jgnlah melenting bila dilemparkan ayat2 menusuk kalbu ni.....anda mmg rela diperlakukan sedemikian. nak buat guano?




ps: sedar2 lah sikit 'puak yg lari dr jemaah'......masuklah semula dlm jemaah. Tuhan tak redha!
Asalnya PAS lebih rasis dr UMNO



PAS (Persatuan Islam Se-Malaya) suatu waktu dahulu ditubuhkan sebagai sayap UMNO yg bertanggung jawab menasihati hal-hal keagamaan. PAS yg terdiri drpd barisan2 ulama' mengambil keputusan keluar drpd UMNO kerana tidak mahu menyertai National Conference pada tahun1951.  Pada ketika itu konferensi ini bertujuan utk  mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bg seluruh kaum yg ada di negara ini. PAS tidak bersetuju dgn keputusan tersebut lalu keluar drpd UMNO. (Rasis kan PAS ni rupa2nya!....tak nak langsung iktiraf org bukan melayu menjadi warganegara sampai sanggup berpecah dr UMNO tu....)

Maka bolehlah disimpulkan lahirnya PAS sekarang ialah  golongan yg tak puas hati dgn keputusan pimpinan jemaah lalu keluar drpd jemaah dan melantik ketua sendiri lalu menentang jemaah sedia ada.

Jom lihat sabda Rasulullah SAW :

"…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menhimpun umat Muhammad dalam kesesatan" (Hadith riwayat At-Tabrani)

Wajibnya taat kepada pemerintah ini sehingga ada hadis mengumpamakan begini,

"Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jama'ah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah." (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: "Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat." (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)


Walaupun PAS merasakan diri mereka lebih Islam drpd org lain. puak2 khawarij ini tetap mati dlm keadaan jahiliyah.Hanya kerana mereka memisahkan diri mereka drpd jemaah yg memerintah.

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

UMNO adalah jemaah terdiri drpd org2 Islam yg ditubuhkan mula2 sekali di Tanah Melayu ini dengan kesedaran utk membebaskan diri drpd belenggu British (pemerintah bukan Islam). dan PAS ditubuhkan sebagai satu sayap utk memperkuatkan jemaah Islam yg sedia ada. Namun begitu, akibat perselisihan pendapat, PAS lebih rela berpecah utk memuaskan nafsu drpd melihat umat Islam di Malaysia bersatu di bawah SATU PAYUNG sahaja!.Hanya sebab itu.

'Pertolongan Allah hanya datang melalui satu jemaah'

Itu janjiNya!..

Jika PAS merupakan jemaah yg (memang selalu perasan lebih rapat dan ) mendapat pertolongan Allah, 


  • Mengapa setelah setengah abad, PAS belum lg menerima pertolongan Allah utk menjadi penguasa di Tanah Melayu ni?
  • Bukankah pemimpin2 PAS terdiri drpd org2 yg bangun malam? 
  • Golongan yg menghabiskan sepertiga malam dgn ibadah dan doa?...
  • Bukankah pemimpin PAS terdiri drpd org2 yg makbul doanya? tp kenapa doa "ITU" (menjadi penguasa di Malaysia) tidak termakbul?

Fikir2kanlah.....dan bayangkan jika perpecahan tak berlaku 50 tahun dulu. mungkin dah buat dah hukum hudud. mungkin org2 bukan melayu lebih hormat kpd org melayu kerana kita bersatu.
Jemaah Menurut Islam : Satu Kupasan (2/2)
Bagaimana pula dgn hadith ini?

Sabda Nabi s.a.w.:
“Akan sentiasa ada tho’ifah (kelompok) daripada umatku yang akan berpegang dengan kebenaran sehingga hari kiamat.” (hadith riwayat At-Tabrani dengan perawi-perawinya yang Sahih).

Ada sesetengah perkumpulan yang merupakan dalam kelompok minoriti umat Islam tersebut, cuba membuktikan bahawa, merekalah (yang merupakan minoriti umat Islam) yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah berdasarkan hadith-hadith begini.

Sebenarnya, apa yg dimaksudkan oleh hadith ini bukanlah satu kelompok drpd kelompok umat Islam, tetapi kelompok umat Islam drpd seluruh umat manusia(yg Kristian, yg Yahudi, yg Buddha, yg Nasrani, yg Majusi).

Ini dikuatkan dengan sabda Nabi s.a.w

“…Umatku akan sentiasa memperjuangkan urusan ini (agama Islam atau kebenaran)…” (hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ini menunjukkan, hadith yang menyebut tentang tho’ifah (kelompok) tadi adalah umat Islam, bukan sekelompok daripada umat Islam. Mereka memperjuangkan adalah Al-Haq (kebenaran) iaitu agama Islam dan aqidah Islamiyah.


Keraguan Dalam Persoalan Jemaah

1. Sekumpulan manusia di Malaysia ini telah menyalahgunakan ayat2 Al-Quran dan hadith untuk mengukuhkan pendapat mereka bahawa merekalah yg dikatakan 'Al-Jamaah' yg sebenrar dan menghukum /memaki/melabel mengasingkan sesiapa sahaja yg tak sependapat dgn mereka. Sila rujuk ulasan berkenaan Sawadhu Al-A’zhom dlm entri sebelumnya.

2. Mereka hanya akan menerima pendapat hanya dari pimpinan dalam jemaah mereka sahaja,dan menolak pandangan golongan ulama atau ahli ilmu yang bukan dari jemaah mereka. Walaupun sebenarnya pimpinan mereka itu kurang kelayakan dlm membicarakan soal2 tertentu. (Pengkhususan Fiqh, atau Aqidah atau Permasalahan Umum).

3. Mereka tidak memahami fokus dakwah para nabi dan rasul terdahulu di mana memperbetulkan aqidah dahulu kemudian baru mengajar ibadah yg sahih. Justeru, fokus mereka hanya tertumpu kpd ritual ibadah yg tanpa dikuatkan dgn spiritual aqidah yg jelas. (contoh, mementingkan wanita bertudung. mereka sewenang2nya menghukumkan wanita yg tak bertudung adalah ahli neraka dan ibadat tidak diterima Allah.atau bermati2an mahu melaksanakan hudud walaupun dlm soal aqidah, tidak dititikberatkan)

4. Mereka perasan dan menyamakan diri mereka dalam situasi ketika dakwah Islam masih di peringkat makkiyyah di mana sebahagian besar umat masih dalam keadaan jahiliyyah dan bukan Islam. Senario ini seolah-olah umat selain dari ahli jemaah mereka merupakan penganut-penganut jahiliyyah( yang tidak memahami perjuangan sebenar) sedangkan Islam sudah sempurna dan hanya yang tinggal buat umat Islam ialah memperkayakan ilmu dan berdakwah dengan ilmu yang dipelajari melalui pelbagai pendekatan semasa. Bukan dgn pendekatan semasa zaman jahiliyyah dahulu.
Labels: 0 comments | edit post
  • Satu Sekolah Untuk Semua

    Satu Sekolah Untuk Semua
    For a better Malaysian

    Visitor

    web counter

    Blog Archive

    Followers